Tasrif
Dalam morfologi linguistik, tasrif (Arab: تصريف taṣrīf, juga الصرف ṣaraf; dari صَرَّفَ ṣarrafa "mengubah, menukar") atau infleksi adalah proses pembentukan dan pengolahan perkataan untuk menyatakan aspek-aspek berbeza dalam aturan sesebuah bahasa termasuk kala, fungsi, suara, tempoh perbuatan, pelaku, bilangan, jantina, modus, "tahap akal" (animacy) dan ketetapan.
Ciri ini kurang didapati dalam bahasa Melayu namun boleh diperhatikan dalam pelbagai bahasa beraneka tahap termasuk bahasa-bahasa Arab, Inggeris dan Sepanyol.