Pic (muzik)
Pic ialah ciri persepsi yang membolehkan aturan bunyi mengikut skala berasaskan frekuensi. Pic dikatakan "tinggi" atau "rendah" mengikut makna yang dikaitkan dengan melodi, yang memerlukan bunyi yang frekuensinya jelas dan stabil agar dapat dibezakan daripada bunyi bising atau hingar. Pic merupakan atribut auditori utama ton muzik bersama-sama tempoh, kenyaringan dan timbre.
Pic dapat diukur sebagai frekuensi, akan tetapi pic bukanlah ciri fizikal objektif semata-mata. Pic juga atribut Psychoacoustic subjektif sesuatu bunyi. Dari segi sejarah, kajian pic dan persepsi pic merupakan masalah utama dalam bidang psychocoustics, dan menjadi pendorong utama dalam pembentukan dan pengujian teori-teori berkaitan dengan perwakilan bunyi, pemprosesan, dan pengamatan dalam sistem auditori.