Priscilla Abby
Priscilla Abby | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Priscilla Abby Chai Ann Ye |
| Juga dikenali sebagai | Priscilla |
| Kelahiran | 30 Oktober 1997 Kuching, Sarawak, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | Balada, pop, EDM |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 2014–kini |
| Syarikat rakaman | WebTVAsia |
| Kegiatan berkaitan | Nabila Razali |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Priscilla Abby Chai Ann Ye (lahir 30 Oktober 1997) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula mencapai kemasyhuran dalam industri muzik pada 2014 dengan menyertai pertandingan nyanyian, seterusnya mencipta nama di pasaran muzik Cina, terutamanya Taiwan dan Hong Kong. Beliau dikenali sebagai bintang mandopop dan menyerlah dengan muzik tarian elektronik. Setelah membuat puluhan lagu saduran di saluran YouTubenya dan meraih lebih dari 700,000 tontonan, dengan satu juta tontonan untuk setiap lagunya, beliau mempunyai dua komposisi asal, "I Love The Sky" dan "Burn". Beliau menandatangani kontrak dengan syarikat hiburan digital WebTVAsia pada Julai 2017, seterusnya melancarkan EP pertamanya, Burn pada Disember 2017.