AG Azmeer
AG Azmeer | |
|---|---|
| Kelahiran | Muhammad Azmir bin Selamat 19 Jun 1980 |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2000–kini |
| Majikan | Media Prima Audio (2005-kini) |
| Pasangan | Emelda Amir (k. 2005) |
| Anak-anak | 4 |
| Ibu | Hajah Rumini Haji Abdullah |
| Bapa | Allahyarham Haji Selamat Ipan |
Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG dan AG Azmeer (lahir 19 Jun 1980) merupakan seorang penyampai radio dan pengacara televisyen lelaki Malaysia. Beliau merupakan anak jati negeri Johor Darul Takzim dan terkenal dengan program radio petang Jawarangers di Hot FM pada tahun 2008 dan 2009 sebelum mengendalikan program pagi AM Krew bermula 2010. Beliau juga muncul di kaca TV sebagai pengacara program hiburan Hot TV dan kemudian terkenal apabila mengemudikan program mingguan Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu sejak edisi ke-28 bersama pelakon Scha Al-Yahya.