Muhammad Ali

Muhammad Ali
Muhammad Ali pada 1967
Statistik
Nama sebenarCassius Marcellus Clay
Nama samaranThe Greatest
The People's Champion
The Louisville Lip
BeratHeavyweight
Tinggi191 cm (6 ka 3 in)
WarganegaraAmerika Syarikat
Kelahiran(1942-01-17)17 Januari 1942
Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat
GayaOrtodoks
Rekod tinju
Jumlah lawan61
Menang56
Kemenangan mengikut KO37
Kalah5
Seri0
Tiada pertandingan0
Paparan amaran: Page using Template:Infobox boxer with unknown parameter "1 = 250px"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox boxer with unknown parameter "2 = thumbnail"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox boxer with unknown parameter "3 = right"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox boxer with unknown parameter "4 = Muhammad Ali (1967) "
Paparan amaran: Page using Template:Infobox boxer with unknown parameter "Meninggal pada"
Rekod pingat Olimpik
Tinju Lelaki
Mewakili Amerika Syarikat
Sukan Olimpik Musim Panas
Emas Rom 1960 Light heavyweight
Profil Muhammad Ali
Meninggal dunia3 Jun 2016(2016-06-03) (umur 74)
Sebab kematianKejutan septik, sakit tua dan penyakit Parkinson
DikebumikanCave Hill Cemetery, Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat
Monumen
  • Muhammad Ali Center
  • Muhammad Ali Mural, Los Angeles, CA
KerakyatanAmerika Syarikat
PendidikanCentral High School (1958)
Denda jenayahPengelakan draf
Penalti jenayahPenjara 5 tahun, didenda $10,000 dan digantung dari sukan tinju selama 3 tahun.
Status jenayahSabitan ditarik balik
PasanganYolanda Williams (k. 1986–2016)
Veronica Porché Ali (k. 1977–1986)
Khalilah Ali (k. 1967–1977)
Sonji Roi (k. 1964–1966)
Anak-anakLaila Ali, Hana Ali, Asaad Amin, Khaliah Ali, Muhammad Ali Jr., Rasheda Ali, Jamillah Ali, Miya Ali, Maryum Ali
Ibu bapaCassius Marcellus Clay, Sr. Odessa Grady Clay
SaudaraRahman Ali (adik)
Kevin Casey (menantu)
Anugerah
  • Olympic Gold Medalist
  • 5 time Ring magazine fighter of the year
  • 3-time lineal heavyweight champion
  • Sports Illustrated 'Sportsman Of The Century'
  • BBC 'Sports Personality of the Century'
  • CSHL Double Helix Medal Honoree (2006)
  • Presidential Citizens Medal
  • Presidential Medal of Freedom
  • International Boxing Hall of Fame
  • Hollywood Walk of Fame
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "1 = denomination "
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "ethnicity"

Muhammad Ali (lahir Cassius Marcellus Clay, Jr.; 17 Januari 1942 - 3 Jun 2016) ialah seorang legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat, dianggap antara peninju heavyweight terhebat dalam sejarah sukan ini. Beliau ialah Muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal di kalangan umat Islam seluruh dunia, bukan sahaja kerana kehebatannya, malah juga kerana prinsipnya. Beliau juga telah dinobatkan sebagai "Sportsman of the Century" oleh Sports Illustrated dan "Sports Personality of the Century" oleh BBC.

Pada umur 22 tahun, beliau memenangi kejuaraan heavyweight dunia pada 1964 menewaskan Sonny Liston dalam satu keputusan yang mengejutkan. Tidak lama selepas pertarungan itu, pada 6 Mac 1964, pemimpin Nation of Islam Elijah Muhammad telah mengumumkan bahawa jaguh tinju itu telah menyertai mereka dan menukar namanya kepada Muhammad Ali. Beliau memasuki Islam Ahli Sunah Waljamaah pada 1975.

Digelar "The Greatest" (Yang Terhebat), Ali terlibat dalam beberapa perlawanan tinju yang bersejarah. Antaranya ialah pertarungan Liston pertama (1964), tiga kali dengan pesaing Joe Frazier (1971-1975), dan sekali dengan George Foreman (1974), di mana beliau mendapat kembali gelaran yang dilucutkan kerana enggan menyertai pengerahan ke Perang Vietnam tujuh tahun sebelumnya.

Pada 1999, anaknya Laila Ali telah meneruskan tradisi bapanya untuk menjadi peninju wanita Islam pertama, walaupun bapanya sebelum itu tidak bersetuju. Sehingga bersara pada akhir 2000-an, Laila tidak pernah kalah dalam kategori super middleweight, dengan 24 kemenangan.

Ali meninggal dunia pada 3 Jun 2016 (tiga hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak) pada usia 74 tahun akibat kejutan septik dan penyakit Parkinson, serta sakit tua di Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat.