Laila Ali

Laila Ali
Laila Ali dalam pertunjukan fesyen Heart Truth 2011
Statistik
Nama sebenarLaila Amaria Ali
BeratSuper middleweight, 72.5 kg
Tinggi5'11 (1.81 m)
WarganegaraAmerika Syarikat
Kelahiran (1977-12-30) 30 Disember 1977
Miami Beach, Florida, A.S.
GayaOrtodoks
Rekod tinju
Jumlah lawan24
Menang24
Kemenangan mengikut KO21
Kalah0
Seri0
Tiada pertandingan0
Paparan amaran: Page using Template:Infobox boxer with unknown parameter "home"

Laila Amaria Ali (lahir 30 Disember 1977) ialah seorang bekas petinju profesional dari Amerika Syarikat. Beliau anak kelapan serta anak perempuan bongsu legenda tinju dunia Muhammad Ali hasil perkahwinan Muhammad dengan isteri ketiganya, Veronica Porsche Ali. Beliau merupakan wanita pertama dalam kalangan penganut Islam yang menjadi peninju wanita berkelayakan taraf dunia.

Beliau mula berjinak dengan tinju pada umur 18 tahun, walaupun bapanya pada mulanya tidak bersetuju. Sehingga bersara pada akhir 2000-an, Laila tidak pernah kalah dalam kategori super middleweight, dengan 24 kemenangan.