Khalilah Ali

Khalilah Ali
Kelahiran
Belinda Boyd

1950 (umur 74–75)
PekerjaanPelakon
PasanganMuhammad Ali (1967-1977)
Anak-anakMaryum Ali
Jamillah Ali
Rasheda Ali
Muhammad Ali, Jr.

Khalilah Camacho Ali (lahir Belinda Boyd pada 1950) merupakan bekas isteri kepada peninju Muhammad Ali. Pada tahun 1967, beliau berkahwin dengan Muhammad Ali semasa berumur 17 tahun. Sepuluh tahun kemudian mereka bercerai. Beliau mempunyai empat orang anak dengan Muhammad Ali.

Khalilah belajar karate, dan pada tahun 1977, mendapat tali pinggang hitam kelas ketiga. Khalilah diajar oleh Jim Kelly dan Steve Saunders. Beliau akhirnya memperolehi tali pinggang hitam kelas ke-9. Beliau muncul di kulit majalah Ebony Magazine sebanyak tujuk kali. Khalilah berkahwin semula pada tahun 1980-an dan kemudian bercerai dua kali.

Beliau juga muncul di dalam filem Jane Fonda yang bertajuk The China Syndrome.