Muhamad Kamil Harun
Muhamad Kamil Harun | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Gual Ipoh | |
| Dalam jawatan 1999–2004 | |
| Didahului oleh | Tengku Alang Tengku Sulong |
| Digantikan oleh | Hashim Safin |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1942 Kampung Bukit Durian, Tanah Merah, Kelantan |
| Meninggal dunia | 1 Disember 2010 (umur 67–68) Tanah Merah, Kelantan |
| Cause of death | serangan jantung |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Durian, Kelantan |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
| Pasangan | Rohani Hussin |
Muhamad Kamil Harun merupakan bekas Adun Gual Ipoh, di Kelantan dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999. Menteri Besar Kelantan ketika itu ialah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Kamil dilahirkan di Kampung Bukit Durian, Tanah Merah. Beliau menjadi AJK PAS Tanah Merah pada 1993. Beliau menang di kerusi Gual Ipoh pada pilihan raya umum 1999. Isterinya Rohani Hussin dan mereka mempunyai tiga anak .