Moon Geun-young
Moon Geun-young | |
|---|---|
| Kelahiran | 6 Mei 1987 |
| Warganegara | Korea Selatan |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1997–kini |
| Ejen | Namoo Actors |
| Nama Korea | |
| Hangul | |
| Hanja | |
| Perumian Semakan | Mun Geun-yeong |
| McCune–Reischauer | Mun Kŭnyŏng |
| Tandatangan | |
Moon Geun-young (Korea: 문근영; Hanja: 文瑾瑩; lahir 6 Mei 1987) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Dikenali sebagai "Nation's Little Sister", Moon memulakan kerjaya pemodelan pada usia 10 tahun, kemudian memulakan kerjaya lakonan pada 1999 sebagai pelakon kanak-kanak. Beliau mula dikenali dengan memegang watak sebagai Eun-suh kecil dalam siri TV Korea popular Autumn in My Heart (2000), diikuti oleh filem seram arahan Kim Jee-woon A Tale of Two Sisters (2003). Moon memantapkan status bintangnya dengan menunjangi My Little Bride (2004) dan Innocent Steps (2005). Pada usia 21 tahun, beliau menjadi penerima paling termuda dari Hadiah Utama ("Daesang") yang dimenangi di Anugerah Drama SBS untuk siri televisyen Painter of the Wind (2008).