Cukai

Cukai (pinjaman Tamil: சுங்கம் cuṅkam, juga pajak)ialah biaya yang dibayar oleh individu atau syarikat secara berwajib kepada pemerintah sesebuah negara sepertimana yang ditetapkan undang-undang agar pemerintah dapat melaksanakan tugas-tugasnya untuk menjalankan pemerintahan melalui perbelanjaan yang banyak dikhususkan untuk rakyat.

Cara pengumpulan cukai dan bagaimana penggunaan wang cukai tersebut adalah bahan pembicaraan panas dalam politik dan ekonomi. Ia ada disentuh dalam bidang-didang sains politik dan ekonomi melalui suatu jurusan dikongsi iaitu kewangan umum.