Mon Ryanti

Mon Ryanti
Kelahiran
Haryanti binti Muhammad Sahudina Lee

(1988-07-25) 25 Julai 1988
PendidikanIjazah Sarjana Muda Akaun & Kewangan
Pusat pendidikanUniversiti SEGi
PekerjaanPelakon, model, penyampai radio
Tahun aktif2009–kini
PasanganMohd Hasrul Ali (k. 2014)
Anak-anak2

Haryanti Muhammad Sahudina Lee (lahir 25 Julai 1988) atau lebih dikenali sebagai Mon Ryanti merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2009, beliau terkenal dengan filem dan drama televisyen yang kebanyakannya terbitan Metrowealth Pictures milik David Teo. Beliau pernah menjadi penyampai radio Ultra FM selama setahun setengah.