Safiq Rahim

Safiq Rahim
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Safiq bin Rahim
Tarikh lahir (1987-07-05) 5 Julai 1987
Tempat lahir Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Ketinggian 1.67 m (5 ka 6 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Ta'zim FC
Nombor 8
Kerjaya remaja
2003-2004 Sekolah Sukan Bukit Jalil
2005-2008 Selangor B-21
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2008 Selangor 20 (0)
2009 KL PLUS 10 (2)
2010–2012 Selangor 76 (19)
2013–2018 Johor Darul Ta'zim 108 (24)
2019–2020 Melaka United 31 (4)
2021– Johor Darul Ta'zim 36 (1)
Pasukan kebangsaan
2004-2006 Malaysia B-20 5 (0)
2007-2010 Malaysia B-23 26 (5)
2007–2022 Malaysia 81 (16)
Pengalaman
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 Disember 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 Jun 2022

Mohd Safiq Rahim (lahir 5 Julai 1987) merupakan pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain di kelab Johor Darul Takzim FC. Bermain sebagai pemain tengah, beliau juga boleh bermain di posisi tengah serangan, dan juga biasanya diletakkan sebagai perancang tengah pasukan. Safiq dianggap antara pemain tengah terbaik dalam generasi seusianya.

Safiq telah memenangi Anugerah Bola Sepak FAM untuk Anugerah Pemain Terbaik sebanyak empat kali, pada tahun 2011, 2012, 2015 dan 2016. Beliau juga telah memenangi Anugerah Pemain Terbaik Terbanyak FAM pada tahun 2015.