Sekolah Sukan Bukit Jalil

Sekolah Sukan Bukit Jalil
Lokasi
Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah sukan, sekolah kerajaan
MotoPenjana Atlet Bertaraf Dunia
Nombor sekolah+60390587335
Kod sekolahWEA0230
Faks+60390587335
Laman sesawangwww.bjss.edu.my

Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) atau Bukit Jalil Sports School (BJSS) merupakan sekolah sukan yang pertama di Malaysia. Sekolah ini terletak di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sekolah Sukan Bukit Jalil dibuka pada tahun 1996 dengan pengambilan atlet yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat.

Pada 2009, Sekolah Sukan Bukit Jalil memiliki 280 pelajar lelaki dan 190 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 470 orang. Ia mempunyai seramai 90 orang guru.2009

Bekas pelari pecut dan Olahgarawati kebangsaan Marina Chin menjadi pengetua sekolah ini sejak 2007.