Mohd Nor Amin

Mohd Nor Amin atau Noramin ialah bekas juruhebah RTM dan pernah berkhidmat dengan bahagian Melayu, Radio NHK, Jepun. Beliau seangkatan dengan Zainal Din Zainal, Kamal Hassan ,Kak Yong , Hasbullah Awang, Sazali Said dan Chuari Selamat. Noramin menjadi pensyarah di Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) di sebelah Angkasapuri,Kuala Lumpur.

Noramin menjadi hos rancangan belajar bahasa iaitu bahasa Jepun yang diberi nama "Mosyi-Mosyi" yang menjadi kebanggaan Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK) dan wargakota pada 1983.

Noramin
Kelahiran
Mohd Nor bin Amin

1951 (umur 73–74)
PekerjaanBekas juruhebah RTM
Tahun aktif1977–1983