Mohd Kamal Hassan

Mohd. Kamal Hassan
PSM, JSM; PhD (Columbia)
Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Dalam jawatan
5 April 1998 – 31 Mei 2006
CanselorSultan Haji Ahmad Shah
Didahului olehProfesor Emeritus Dato' Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman
Digantikan olehProfesor Dato' Sri Dr. Syed Arabi Syed Abdullah Idid
Maklumat peribadi
Lahir(1942-10-26)26 Oktober 1942
Pasir Mas, Kelantan, Malaya
Meninggal dunia23 Februari 2023(2023-02-23) (umur 80)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat belajarUniversiti Malaya
Universiti Columbia
PekerjaanPenyelidik

Profesor Ulung Tan Sri Dr. Mohd. Kamal bin Hassan (26 Oktober 1942 – 23 Februari 2023) ialah seorang ahli akademik dan ilmuwan Islam, pengkhususan dalam pemikiran Islam semasa, khususnya berkaitan rantau Asia Tenggara. Beliau ialah Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-3 dari 1998 hingga 2006.