Mohd Firdaus Ahmad

Mohd Firdaus Ahmad
SSS (Kedah)
Pengerusi
Jawatankuasa Pelancongan,
Seni dan Budaya, Belia dan Sukan,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
19 Mei 2020 – 28 Jun 2023
Menteri BesarMuhammad Sanusi Md Nor
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
bagi Kuah
Dalam jawatan
5 Julai 2018 – 28 Jun 2023
Didahului olehNor Saidi Nanyan
Digantikan olehAhmad Pered Mahmud
Pengerusi
Jawatankuasa Penerangan,
Komunikasi dan Multimedia,
Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO)
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
22 Mei 2018 – 16 Mei 2020
Menteri BesarMukhriz Mahathir
Maklumat peribadi
Lahir (1986-06-17) 17 Jun 1986
Parti politik BERSATU
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (2018-2020)
Perikatan Nasional (2020-kini)
Anak2

Yang Berhormat Tuan Mohd Firdaus Ahmad (lahir 17 Jun 1986) adalah EXCO Kerajaan Negeri bagi portfolio Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah yang telah dilantik pada tahun 2018. Beliau juga merupakan ADUN Kuah setelah memenanginya pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu. Beliau yang ketika itu berusia 32 tahun telah menewaskan penyandang kerusi tersebut Norsaidi Nanyan yang mewakili parti Barisan Nasional (BN).

Beliau menjadi EXCO termuda dalam sejarah Kerajaan Negeri Kedah dan juga Menjadi YB termuda dalam sejarah politik di Langkawi. Nama beliau disebut antara YB yang paling menyerlah kerana mempunyai pengalaman sewaktu bersama parti UMNO dan juga merupakan anak didik Norsaidi Nanyan satu ketika dahulu. Beliau turut mendapat pendedahan melalui program Parlimen Belia dan turut manjadi Ahli Parlimen Belia mewakili negeri Kedah. Antara yang menaikan nama beliau adalah kepetahan dalam ucapan beliau semasa sesi sidang DUN Kedah dan juga beliau dapat menarik perhatian masyarakat semasa dalam ucapan awam. Beliau menjadi salah seorang YB pilihan dimasa akan datang untuk menjawat jawatan Tertinggi dalam kerajaan Negeri sekiranya beliau mampu mengekalkan cara beliau sekarang ini.