Mohd Faizal Ramli
Mohd Faizal Ramli | |
|---|---|
| محمّد فيصل رملي | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan | |
| Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital | |
| Menyandang jawatan 24 Ogos 2023 | |
| Menteri Besar | Aminuddin Harun |
| Kawasan pilihan raya | Linggi |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Linggi | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Abd Rahman Mohd Redza (BN–UMNO) |
| Majoriti | 1,461 (2023) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Bagan Pinang | |
| Dalam jawatan 2004–2008 | |
| Didahului oleh | Kawasan pilihan raya ditubuhkan |
| Digantikan oleh | Azman Mohammad Noor (BN–UMNO) |
| Majoriti | 4,411 (2004) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Faizal bin Ramli 1971 (umur 53–54) |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Mohd Faizal bin Ramli merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (EXCO) di bawah pentadbiran Menteri Besar Aminuddin Harun sejak Ogos 2023 dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (ADUN) bagi kawasan Linggi sejak Ogos 2023 serta bagi kawasan Bagan Pinang dari 2004 hingga 2008. Beliau ialah ahli dan Ketua Bahagian Port Dickson bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Beliau juga merupakan ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 2023.