Mohd Azam Rauzan

Dr. Mohd Azam Rauzan ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Penawar selama sepenggal (2004-2008).

Dr.
Mohd Azam Rauzan
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
untuk Penawar
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehKawasan ditukar nama daripada DUN Pengerang
Digantikan oleh Hamimah Mansor
MajoritiMenang Tanpa Bertanding (PRU-11)
Maklumat peribadi
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PekerjaanAhli politik

Selaku anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Pulai Dr Mohamed Azam Rauzan dalam satu artikel yang ditulisnya dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu mendakwa perwakilan UMNO selalunya tidak bebas bercakap kerana diminta untuk menjaga imej ketua perhubungan UMNO negeri masing-masing.

Dalam artikel 'Jangan Jadikan Melayu Sebagai Pak Kadok' di Utusan Malaysia pada 13 Mac 2009 , beliau simpati dengan nasib Peniaga-Peniaga Melayu di Danga Bay.Namun Projek Danga Bay terbukti telah memberi banyak faedah kepada seluruh rakyat Johor khususnya warga bandaraya Johor Bahru. Ianya telah menjadi destinasi utama pelancong dan orang awam untuk beriadah, menjamu selera, bersantai disamping membeli belah dengan pelbagai kemudahan dan infratrusktur yang moden. Manakala Ledang Height, Harizon Hill, Waterfront City dan Lido Boulevard kesemuanya itu asalnya memang tiada sebarang penempatan. Projek Pembangunan Waterfront City dan Lido Boulevard merupakan pembangunan di atas air persisiran Pantai Lido.