Mohd Amar Abdullah
Mohd Amar Abdullah | |
|---|---|
| محمد عمار عبدﷲ | |
| Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
| Menyandang jawatan 5 September 2023 | |
| Raja | Sultan Muhammad V |
| Menteri Besar | Mohd Nassuruddin Daud |
| Timbalan | Mohamed Farid Mohamed Zawawi |
| Didahului oleh | Abdullah Ya'kub |
| Kawasan pilihan raya | Panchor |
| Timbalan Menteri Besar Kelantan | |
| Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 15 Ogos 2023 | |
| Raja | Muhammad V |
| Menteri Besar | Ahmad Yakob |
| Didahului oleh | Ahmad Yakob |
| Digantikan oleh | Mohamed Fadzli Hassan |
| Kawasan pilihan raya | Panchor |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (Pendidikan dan Penerangan : 23 Mac 2004–18 Mac 2008) (Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah : 19 Mac 2008–7 Mei 2013) (Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli : 8 Mei 2013–9 Mei 2018) (Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti : 10 Mei 2018–15 Ogos 2023) | |
| Dalam jawatan 23 Mac 2004 – 15 Ogos 2023 | |
| Raja | Sultan Ismail Petra (2004–2010) Muhammad V (2010–2023) |
| Timbalan | Muhamad Mustafa (2010–2013) Mohamad Awang (2010–2013) |
| Menteri Besar | Nik Abdul Aziz Nik Mat (2004–2013) Ahmad Yakob (2013–2023) |
| Didahului oleh | Hasan Muhammad (Pendidikan) Muhammad Daud (Maklumat) |
| Kawasan pilihan raya | Panchor |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Panchor | |
| Menyandang jawatan 21 Mac 2004 | |
| Didahului oleh | Mohd Yusoff Ludin (PAS) |
| Majoriti | 2,085 (2004) 3,437 (2008) 5,036 (2013) 7,288 (2018) 10,686 (2023) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Pengkalan Chepa | |
| Dalam jawatan 25 April 1995 – 21 Mac 2004 | |
| Didahului oleh | Nik Abdullah Arshad (PAS) |
| Digantikan oleh | Abdul Halim Abdul Rahman (PAS) |
| Majoriti | 11,094 (1995) 15,945 (1999) |
| Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia | |
| Menyandang jawatan 4 Jun 2015 Berkhidmat with Idris Ahmad & Iskandar Abdul Samad (sehingga 2019) & Ahmad Samsuri Mokhtar (sejak 2019) | |
| Presiden | Abdul Hadi Awang |
| Didahului oleh | Tuan Ibrahim Tuan Man |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
| 2004–2020 | Parti Islam Se-Malaysia |
| 2020– | Perikatan Nasional |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Rakyat | |
| 1995–2004 | Parti Islam Se-Malaysia |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Amar bin Abdullah 29 Julai 1959 Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Malaya |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Gagasan Sejahtera (GS) (2016–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
| Pasangan | Datin Hasmani Hussain |
| Anak | 4 |
| Ibu bapa | Abdullah Arshad Tengku Chik Tengku Ibrahim |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Birmingham |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Pensyarah |
Yang Berhormat Dato' Sri Amar DiRaja Mohd Amar bin Abdullah (lahir 29 Julai 1959) merupakan ahli politik dan pensyarah Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak September 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan bagi Panchor sejak Mac 2004. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO) dalam tadbir Pakatan Rakyat (PR), Gagasan Sejahtera (GS) dan Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahmad Yakob dari Mei 2013 dan dari Mac 2004 hingga Ogos 2023 masing-masing serta Ahli Parlimen (AP) bagi Pengkalan Chepa dari April 1995 hingga Mac 2004. Beliau adalah ahli dan salah seorang Naib Presiden gabungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen PN, dahulunya PR, GS, Barisan Alternatif (BA) dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).