The Message (filem 1976)

The Message
Mohammad, Messenger of God
Kulit DVD
PengarahMoustapha Akkad
PenulisH.A.L. Craig
Dihasilkan olehMoustapha Akkad
DibintangiAnthony Quinn
Irene Papas
Michael Ansara
Johnny Sekka
Michael Forest
Muzik olehMaurice Jarre
Diedarkan olehFilmco International Productions Inc.
Masa tayangan
177 minit
Bahasabahasa Inggeris
bahasa Arab
Bajet$10,000,000

Mohammad, Messenger of God (Muhammad, Utusan Tuhan) (dijudulkan kembali The Message untuk pengeluaran A.S.) (1976) adalah sebuah filem diarah oleh Moustapha Akkad, membabadkan kisah awal perkembangan Islam ketika zaman Nabi Muhammad. Dikeluarkan dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris (nama Arab adalah الرسالة-- Ar Risalah), Muhammad, Utusan Tuhan berkhidmat menjadi suatu pengenalan pada sejarah awal Islam. Walaupun wayang ini berkisar sekitar Muhammad, gambarnya tidak ditunjuk sepanjang wayang, dengan menghormati adat-adat Islam yang melarang sebarang imej nabi dan para sahabat baginda. Sebaliknya para pelakon dibiar untuk bercakap ke arah kamera yang dijadikan gambaran sudut pandang baginda dan sahabat baginda sendiri.

Ketepatan filem ini telah disahkan sendiri oleh ahli sarjana dan sejarah Islam Universiti Al-Azhar, Kaherah, dan Kongres Islam Tertinggi Syiah di Lubnan.