Mohamad Zabidin Mohd Diah
Tan Sri Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah (lahir 1 September 1957) merupakan seorang hakim yang kini memegang jawatan sebagai Hakim Besar Malaya, jawatan ketiga tertinggi dalam bidang kehakiman. Namanya terkenal setelah menjadi hakim dalam Kes liwat Anwar Ibrahim II yang memutuskan Dato' Seri Anwar Ibrahim dibebas dan dilepaskan kerana ketiadaan bukti kukuh.
Mohamad Zabidin Mohd Diah | |
|---|---|
| Kelahiran | 1 September 1957 |
Pada 25 November 2011, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga, Hakim Tan Sri Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah mengekalkan pelepasan dan pembebasan Datuk Ramli Yusuff dari tuduhan rasuah.
Pada Ogos 2022, beliau turut menganggotai panel lima hakim yang diterajui oleh Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Negara, bersama Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Sabah & Sarawak, Datuk Nallini Pathmanathan dan Dato' Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Persekutuan dalam perbicaraan kes SRC yang membabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak.
Pada tahun 2023, Yang Arif Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya, menggantikan Yang Arif Tan Sri Azahar Mohamed yang bersara pada tahun 2022.