Mohamad Hanifah Abu Baker
Mohamad Hanifah Abu Baker | |
|---|---|
| محمد حنيفة أبو بكر | |
| Ketua Pembangkang Negeri Sembilan | |
| Menyandang jawatan 21 Mac 2024 | |
| Raja | Tuanku Muhriz |
| Menteri Besar | Aminuddin Harun |
| Didahului oleh | Ridzuan Ahmad |
| Kawasan pilihan raya | Labu |
| Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan ke-3 | |
| Menyandang jawatan 12 Februari 2024 | |
| Pengerusi Kebangsaan | Muhyiddin Yassin |
| Penasihat Negeri | Eddin Syazlee Shith (17 Februari–20 September 2024) |
| Didahului oleh | Ahmad Faizal Azumu |
| Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Sembilan ke-3 | |
| Menyandang jawatan 28 Januari 2024 | |
| Presiden | Muhyiddin Yassin |
| Didahului oleh | Ahmad Faizal Azumu |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Labu | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Ismail Ahmad (PH–PKR) |
| Majoriti | 1,640 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohamad Hanifah bin Abu Baker 16 Oktober 1980 Felda Palong 2, Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) |
| Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) |
| Anak | 4 |
| Pendidikan | Sekolah Kebangsaan (Felda) Palong 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Dua |
| Tempat belajar | Institut Teknikal Jepun Malaysia (Diploma dalam Pengurusan operasi) |
| Pekerjaan |
|
Mohamad Hanifah bin Abu Baker (lahir 16 Oktober 1980) merupakan seorang ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Negeri Sembilan sejak Mac 2024 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Labu sejak Ogos 2023. Beliau ialah ahli dan Ketua Bahagian Rasah bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen Perikatan Nasional (PN). Beliau telah berkhidmat sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan ke-3 sejak Februari 2024 dan Pengerusi BERSATU Negeri Sembilan sejak Januari 2024. Beliau merupakan Bendahari PN Negeri Sembilan sebelum dilantik sebagai pengerusi negeri pada Februari 2024 dan juga pengarah urusan syarikat berasaskan hartanah, Zulfikar Holdings Sdn Bhd.