Miriam Defensor Santiago
Miriam Defensor Santiago | |
|---|---|
| Senat Filipina | |
| Dalam jawatan 30 Jun 2004 – 30 Jun 2016 | |
| Dalam jawatan 30 Jun 1995 – 30 Jun 2001 | |
| Hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa | |
| Dalam jawatan Disember 2012 – 3 Jun 2014 | |
| Dicalonkan oleh | Filipina |
| Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Asing Senat Filipina | |
| Dalam jawatan 22 Julai 2013 – 30 Jun 2016 | |
| Didahului oleh | Loren Legarda |
| Digantikan oleh | Alan Peter Cayetano |
| Setiausaha Reformasi Agrarian | |
| Dalam jawatan 20 Julai 1989 – 4 Januari 1990 | |
| Presiden | Corazon Aquino |
| Didahului oleh | Philip Juico |
| Digantikan oleh | Florencio Abad |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Miriam Palma Defensor 15 Jun 1945 Bandar Iloilo, Komanwel Filipina |
| Meninggal dunia | 29 September 2016 (umur 71) Taguig, Filipina |
| Cause of death | Kanser paru-paru |
| Tempat semadi | Loyola Memorial Park, Marikina, Filipina |
| Parti politik | Parti Reformasi Rakyat |
| Pasangan | Narciso Santiago (k. 1971) |
| Anak | 2 |
| Tempat belajar | UP Visayas UP Diliman Universiti Michigan Sekolah Teologi Maryhill |
| Bidang pengkhususan | |
| Laman web | miriam.com.ph |
Dr. Miriam Palma Defensor Santiago, LLM, JSD, RMA (15 Jun 1945 – 29 September 2016) ialah seorang peguam, profesor, hakim, ahli falsafah, pengarang, dan negarawan Filipina yang berkhidmat di ketiga-tiga cabang kerajaan Filipina: pengadilan, eksekutif, dan perundangan. Beberapa pusat pendidikan beliau ialah Universiti Filipina, Universiti Michigan, Universiti Oxford, Sekolah Teologi Maryhill, Universiti California, Universiti Harvard, dan Universiti Cambridge. Defensor Santiago dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia pada tahun 1997 oleh majalah The Australian. Beliau merupakan ahli senator Filipina yang lama berkhidmat.
Pada tahun 1988, Santiago dianugerahkan Anugerah Ramon Magsaysay kerana beliau menjadi "pemimpin yang berani dan bermoral dalam membersihkan badan pemerintahan yang penuh dengan rasuah." Beliau juga sebagai calon presiden dalam pilihan raya 1992. Meskipun kalah, didakwa telah terjadi kecurangan dalam pilihan raya tersebut, sehingga kenyataan "Miriam menang dalam pilihan raya, tetapi kalah dalam pungutan suara" menjadi kenyataan yang popular.
Santiago menjadi Senator Filipina pada 1995 dan bertanding lagi sebagai calon presiden dalam pilihan raya 1998, tetapi gagal lagi setelah dihujani oleh kempen hitam. Beliau meneruskan kerjayanya sebagai senator dan membongkar skandal penipuan Dana Bantuan Pembangunan Keutamaan.
Pada tahun 2012, Santiago menjadi orang Filipina pertama yang terpilih sebagai hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Beliau kemudiannya jatuh sakit, dan disahkan menghidap kanser paru-paru. Pada tahun 2016, beliau menjadi anggota Dewan Penasihat Antarabangsa Pertubuhan Pembangunan Undang-Undang Antarabangsa (IDLO).
Santiago telah menjawat sebagai Senator Filipina sebanyak 3 kali. Pada 13 Oktober 2015, Santiago kembali maju sebagai calon presiden untuk pilihan raya 2016 setelah doktornya dari Amerika menyatakan bahwa kesihatannya sudah stabil, tetapi beliau tewas lagi. Setelah meninggal dunia, para penyokongnya menyatakan bahawa beliau merupakan "presiden terbaik yang tidak pernah kita miliki".