Barah peparu

Barah peparu
Pengelasan dan sumber luaran
Keratan rentas paru-paru manusia. Kawasan putih dibahagian lobe atas adalah barah; kawasan hitam menunjukkan pesakit merupakan perokok.
ICD-10C33-C34
ICD-9162
P. Data Penyakit7616
MedlinePlus007194
eMedicinemed/1333 med/1336 emerg/335 radio/807 radio/405 radio/406
MeSHD002283
Penafian perubatan

Barah peparu, juga dikenali sebagai karsinoma paru-pari atau karsinoma pulmonari, adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru. Ia bercirikan pertumbuhan sel luar kawal pada tisu paru-paru. Sekiranya dibiarkan tanpa dirawat, pertumbuhan ini mampu merebak di luar paru-paru melalui proses metastasis pada tisu berhampiran atau bahagian lain badan. Kebanyakan barah yang bermula pada paru-paru, dikenali sebagai barah paru-paru utama, adalah carcinomas yang terhasil dari sel epithelial. Jenis paling utama adalah karsinoma paru-paru sel kecil (" small-cell lung carcinoma - SCLC ") dan karsinoma paru-paru sel bukan kecil (" non-small-cell lung carcinoma - NSCLC "). Simptom paling biasa adalah batuk (termasuk batuk berdarah), kehilangan berat badan, nafas pendek, dan sakit dada. Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Barah paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.


Sebahagian besar kes barah paru-paru (80–90%) adalah disebabkan oleh pendedahan jangka panjang pada merokok tembakau. Sekitar 10–15% kes berlaku pada orang yang tidak pernah merokok. Kes-kes ini sering kali disebabkan oleh gabungan faktor genetik. dan pendedahan pada gas radon, asbestos, atau bentuk lain pencemaran udara, termasuk asap terpakai ("second-hand smoke"). Barah paru-paru boleh dilihat pada radiograf dada dan imbasan computed tomography (CT) scans. Diagnosis disahkan melalui biopsy yang biasanya dilakukan dengan penggunaan bronchoscopi atau panduan-CT.


Rawatan dan kesan jangka panjang biasanya bergantung pada jenis barah, tahap (tahap merebak), dan kesihatan keseluruhan seseorang, diukur melalui status prestasi> Rawatan biasa termasuk pembedahan, chemotherapy, dan rawatan radiasi radiotherapi. NSCLC kadang kala dirawat melalui pembedahan, manakala SCLC biasanya bertindak balas lebih baik pada chemotherapy dan radiotherapi. Keseluruhan, 16.8% dari orang di Amerika Syarikat di diagnosis dengan barah paru-paru masih hidup lima tahus selepas diagnosis, sementara kesan pada purata adalah lebih buruk di dunia membangun. Di seluruh dunia, barah par-paru merupakan punca paling biasa bagi kematian berkait barah pada lelaki dan perempuan, dan bertanggung jawab bagi 1.56 juta kematian setiap tahun, pada 2012.