Corazon Aquino
Corazon C. Aquino | |
|---|---|
Aquino pada 1986 | |
| Dalam jawatan 25 Februari 1986 – 30 Jun 1992 | |
| Naib Presiden | Salvador Laurel |
| Didahului oleh | Ferdinand Marcos |
| Digantikan oleh | Fidel V. Ramos |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | María Corazon Sumulong Cojuangco 25 Januari 1933 Paniqui, Manila, Filipina |
| Meninggal dunia | 1 Ogos 2009 (umur 76) Bandar Raya Makati, Filipina |
| Parti politik | PDP–Laban Parti Liberal Pertubuhan Demokratik Nasionalis Bersatu (UNIDO) |
| Pasangan | Benigno Aquino Jr. |
| Tandatangan | |
María Corazon Sumulong Cojuangco–Aquino (lebih dikenali sebagai Cory Aquino; 25 Januari 1933 – 1 Ogos 2009) ialah ahli politik Filipina yang berkhidmat sebagai Presiden Filipina ke-11 dari 1986 hingga 1992, serta presiden wanita yang pertama di Asia. Beliau adalah isteri kepada Benigno Aquino, Jr., seorang senator pembangkang yang popular. Cory Aquino menjadi tumpuan penentangan terhadap pemerintahan autokratik Presiden Ferdinand Marcos ketika suaminya dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila pada 21 Ogos 1983 semasa pulang daripada buangan. Beliau juga merupakan ibu kepada bekas presiden Benigno Aquino III.