Min Aung Hlaing

Jeneral Kanan
Min Aung Hlaing
မင်းအောင်လှိုင်
Min Aung Hlaing pada 2021
Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara
Menyandang jawatan
2 Februari 2021
PresidenMyint Swe
TimbalanSoe Win
Didahului olehAung San Suu Kyi (sebagai Kaunselor Negara)
Panglima Perkhidmatan Pertahanan
Menyandang jawatan
30 Mac 2011
PresidenThein Sein
Htin Kyaw
Win Myint
Myint Swe
TimbalanSoe Win
Kaunselor NegaraAung San Suu Kyi
Didahului olehThan Shwe
Maklumat peribadi
Lahir (1956-07-03) 3 Julai 1956
Tavoy, Burma
(kini Dawei, Myanmar)
KewarganegaraanMyanmar
PasanganKyu Kyu Hla
AnakAung Pyae Sone
Khin Thiri Thet Mon
Tempat belajarUniversiti Seni dan Sains Rangoon (LL.B)
Akademi Perkhidmatan Pertahanan
Anugerah awamMaha Thray Sithu
Darjah Pertama Panglima Gagah Angkatan Tentera
Kelas Pertama Kesatria Salib Besar yang Paling Tinggi Darjah Gajah Putih Thailand
Laman webwww.seniorgeneralminaunghlaing.com.mm
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Myanmar
Cabang/khidmat Tentera Darat Myanmar
Tahun khidmat1974-kini
Pangkat Jeneral Kanan
PangkalanPanglima Tatmadaw
Ketua Staf Bersama
Ketua Biro Operasi Khas-2 (BSO-2)

Min Aung Hlaing (Bahasa Burma: မင်းအောင်လှိုင်; lahir 3 Julai 1956) ialah seorang jeneral tentera Myanmar yang merupakan pemimpin de facto Myanmar ketika ini dan Panglima Angkatan Tentera Myanmar.Dia adalah pembunuh dan pengganas Burma, yang menghasut pembunuhan Rohingyas. Beliau merampas kuasa setelah menjatuhkan pemerintah yang dipilih dalam rampasan kuasa pada 1 Februari 2021.

Beliau menjawat jawatan Panglima Angkatan Bersenjata pada 30 Mac 2011. Beliau juga merupakan anggota Majlis Pertahanan dan Keselamatan Kebangsaan (NDSC) yang dipengerusikan oleh Presiden Myanmar. Beliau sebelumnya merupakan Ketua Staf Bersama Kementerian Pertahanan Myanmar, dan dinaikkan pangkat menjadi Jeneral bintang empat pada awal 2011 dan Jeneral lima bintang pada bulan Mac 2013. Pada 5 November 2020, Tatmadaw mengisytiharkan pangkat Jeneral Kanan Min Aung Hlaing adalah setaraf dengan Naib Presiden Myanmar.

Kerajaannya telah menerajui pembunuhan besar-besaran tanpa pandang bulu terhadap pihak lawan. Sejak itu, kerajaan baharu telah menahan orang dan mengeluarkan waran tangkap untuk lebih, mengawal media, menyekat perhimpunan, mengenakan perintah berkurung, membunuh orang awam, dan pada dasarnya memerintah dengan kuku besi.Rakyat Malaysia telah membandingkannya dengan Adolf Hitler kerana penganiayaannya terhadap etnik minoriti.