Myint Swe

Myint Swe
မြင့်ဆွေ
Myint Swe di Istana Presiden di Naypyidaw pada 2016
Pemangku Presiden Myanmar
Dalam jawatan
1 Februari 2021 – 7 Ogos 2025
Pengerusi SACMin Aung Hlaing
Didahului olehWin Myint
Digantikan olehKosong (Min Aung Hlaing sebagai pemangku)
Dalam jawatan
21 Mac 2018 – 30 Mac 2018
Kaunselor NegaraAung San Suu Kyi
Didahului olehHtin Kyaw
Digantikan olehWin Myint
Naib Presiden Pertama Myanmar ke-3
Dalam jawatan
30 Mac 2016 – 7 Ogos 2025
Berkhidmat with Henry Van Thio
PresidenHtin Kyaw
Diri sendiri (Pemangku
Win Myint
Didahului olehSai Mauk Kham
Digantikan olehKosong
Ketua Menteri Wilayah Yangon
Dalam jawatan
30 Mac 2011 – 30 Mac 2016
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehPhyo Min Thein
Maklumat peribadi
Lahir (1951-06-24) 24 Jun 1951
Meninggal dunia7 Ogos 2025
Parti politikParti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan
PasanganKhin Thet Htay
Anak2
PendidikanAkademi Perkhidmatan Pertahanan
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Myanmar
Cabang/khidmatTentera Darat Myanmar
Tahun khidmat1971-2010
Pangkat Leftenan Jeneral

Myint Swe (Bahasa Burma: မြင့် ဆွေ; disebut [mjɪ̰ɰ̃ sʰwè]; lahir 24 Jun 1951) ialah seorang ahli politik Myanmar, yang telah berkhidmat sebagai Pemangku Presiden Myanmar sehingga kematian beliau. Beliau juga merupakan Naib Presiden Myanmar yang ketiga. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pemangku Presiden Myanmar setelah peletakan jawatan Presiden Htin Kyaw pada 21 Mac 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Wilayah Yangon dari 30 Mac 2011 hingga 30 Mac 2016. Pada 30 Mac 2016, beliau dilantik sebagai Naib Presiden Myanmar. Beliau adalah bekas pegawai tentera etnik Mon dalam Tentera Darat Myanmar dengan pangkat Leftenan jeneral.

Myint Swe diisytiharkan sebagai pemangku Presiden setelah rampasan kuasa Myanmar pada 1 Februari 2021, dan mengalihkan kekuasaan kepada Panglima Angkatan Tentera Myanmar Min Aung Hlaing.