Orang Rohingya
𐴌𐴗𐴥𐴝𐴙𐴚𐴒𐴙𐴝 Ruáingga | |
|---|---|
| Jumlah penduduk | |
| 1,547,778–2,000,000+ | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Bangladesh | 1,300,000+ (Mac 2018) |
| Myanmar (Negeri Rakhine) | 600,000 (November 2019) |
| Pakistan | 500,000 (September 2017) |
| Arab Saudi | 500,000 (Oktober 2017) |
| Malaysia | 150,000 (Oktober 2017) |
| Emiriah Arab Bersatu | 50,000 (Oktober 2017) |
| India | 40,000 (September 2017) |
| Amerika Syarikat | 12,000+ (September 2017) |
| Thailand | 5,000 (Oktober 2017) |
| Bahasa | |
| Bahasa Rohingya Minoriti: Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu | |
| Agama | |
| Kebanyakan: Islam Bahá'í dan Kesufian Minoriti: Hinduisme | |
Orang Rohingya (/roʊˈhɪndʒə, -ɪŋjə/; Bahasa Rohingya: 𐴌𐴗𐴥𐴝𐴙𐴚𐴒𐴙𐴝, IPA: [rʊˈɜi̯ɲ.ɟə]) merupakan satu kelompok etnik Indo-Arya tanpa negara sekarang dulu etnik ini memiliki negara tetapi tidak diiktiraf negara mereka dikenal sebagai Arakan yang majoritinya beragama Islam bermazhab Hanafi dari Negeri Rakhine, Myanmar. Sebelum genosid Rohingya pada tahun 2017, di mana lebih 740,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, terdapat 1.4 juta orang Rohingya yang tinggal di Myanmar kebanyakan diantara mereka tinggal di Negeri Rakhine di Myanmar. Dikenali oleh wartawan dan media sebagai salah satu minoriti paling tertindas di dunia, orang Rohingya dinafikan kewarganegaraan di bawah undang-undang kewarganegaraan Myanmar 1982. Mereka juga menghadapi sekatan kebebasan pergerakan, sekatan mengakses pendidikan, dan pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Keadaan undang-undang yang dihadapi oleh Rohingya di Myanmar telah dibandingkan dengan apartheid oleh beberapa ahli akademik, penganalisis, dan tokoh politik, termasuk pemenang Nobel Uskup Desmond Tutu, seorang aktivis anti-apartheid dari Afrika Selatan. Pemindahan besar-besaran Rohingya pada tahun 2017 menyebabkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyiasat jenayah terhadap kemanusiaan, dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyiasat genosid.