Milwaukee Brewers

Milwaukee Brewers
Musim 2025 Milwaukee Brewers
Ditubuhkan pada 1969
Berpusat di Milwaukee sejak 1970
Fail:Milwaukee Brewers logo.svgFail:Milwaukee Brewers cap insignia.svg
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Nombor tidak digunakan
  • 1
  • 4
  • 19
  • 34
  • 44
  • 42
Warna
  • Biru kelasi, kuning, biru diraja
                  
Nama
  • Milwaukee Brewers (1970–kini)
  • Seattle Pilots (1969)
Gelaran lain
  • The Brew Crew
  • The Beermakers
  • Los Cerveceros
Ballpark
  • American Family Field (2001–kini)
  • Milwaukee County Stadium (1970–2000)
  • Sick's Stadium (Seattle) (1969)
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (0)Tiada
NL Pennant (0)Tiada
Pennant AL (1)1982
NL Central Kejuaraan Divisyen (3)
  • 2011
  • 2018
  • 2021
Gelaran AL East Division (2)
  • 1981
  • 1982
Kemunculan Wild card (3)
  • 2008
  • 2019
  • 2020
Pejabat pengurusan
PemilikMark Attanasio
PengurusCraig Counsell
Pengurus BesarMatt Arnold
Presiden Operasi BesbalMatt Arnold

Milwaukee Brewers merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Milwaukee. Pasukan ini bersaing di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) Central. Nama Brewers telah diguna pakai sempena perkaitan bandar ini dengan industri membru. Sejak tahun 2001, pasukan ini telah beraksi di gelanggang American Family Field yang memuatkan kapasiti sebanyak 41,900 orang.

Pasukan ini telah ditubuhkan pada 1969 dengan nama Seattle Pilots. Pasukan ini beraksi sebagai status pasukan tambahan di American League (AL) dan pada awalnya berpangkalan di Seattle, Washington. Pilots pada masa itu beraksi di Sick's Stadium. Setelah hanya satu musim, pasukan ini kemudiannya berpindah ke Milwaukee dan dikenali sebagai Brewers. Perlawanan-perlawanan melibatkan Milwaukee akan berlangsung di Milwaukee County Stadium selepas perpindahan. Pada 1998, Brewers mula menyertai National League. Perkembangan ini membolehkan pasukan ini beraksi di empat divisyen berbeza sejak permainan divisyen diperkenalkan di Major League Baseball pada 1969. Brewers juga merupakan salah satu daripada dua pasukan MLB kini yang bertukar liga pada era moden (1900-kini) selain pasukan Houston Astros.

Brewers tampil di Siri Dunia pada tahun 1982, dan Brewers kini tergolong dalam enam pasukan MLB kini yang belum pernah memenangi sebarang kejuaraan Siri Dunia. Selepas memenangi American League Championship Series 1982 (ALCS) menentang California Angels, Brewers berhadapan pasukan St. Louis Cardinals di Siri Dunia sebelum ia berakhir dengan kekalahan 4–3. Pada tahun 2011, Brewers mengalahkan pasukan Arizona Diamondbacks untuk menjuarai National League Division Series 2011 (NLDS), 3–2, tetapi kemudiannya mengalami kekalahan di National League Championship Series (NLCS) kepada juara musim, Cardinals 4–2. Pada tahun 2018, Brewers telah menyingkirkan Colorado Rockies di saingan NLDS, 3–0 tetapi tewas dalam NLCS kepada Los Angeles Dodgers, 4–3.

Dari tahun 1969 sehingga 2022, rekod menang-kalah Brewers secara keseluruhannya ialah 4,123–4,391.