Arizona Diamondbacks
| Arizona Diamondbacks | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Musim 2025 Arizona Diamondbacks | |||||
| Ditubuhkan pada 1998 | |||||
| |||||
| Gabungan liga utama | |||||
| |||||
| Seragam terkini | |||||
| Nombor tidak digunakan |
| ||||
| Warna | |||||
| |||||
| Nama | |||||
| |||||
| Gelaran lain | |||||
| |||||
| Ballpark | |||||
| |||||
| Kejuaraan Liga Utama | |||||
| Kejuaraan Siri Dunia (1) | 2001 | ||||
| NL Pennant (1) | 2001 | ||||
| West Kejuaraan Divisyen (5) |
| ||||
| Kemunculan Wild card (1) |
| ||||
| Pejabat pengurusan | |||||
| Pemilik | Ken Kendrick | ||||
| Pengurus | Torey Lovullo | ||||
| Pengurus Besar | Mike Hazen | ||||
| Presiden Operasi Besbal | Mike Hazen | ||||
Arizona Diamondbacks (biasanya dikenali sebagai D-backs) ialah pasukan besbol profesional Amerika yang berpangkalan di Phoenix. Diamondbacks beraksi di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) West. Pasukan ini telah ditubuhkan pada 9 Mac 1995 dan mula beraksi di MLB pada tahun 1998 sebagai pasukan tambahan. Pasukan ini beraksi di gelanggang sendiri, Chase Field. Diamondbacks bersama-sama Tampa Bay Rays merupakan pasukan termuda di MLB.
Setelah menduduki tempat kelima pada musim sulungnya, Diamondbacks telah membuat beberapa perubahan termasuklah membawa masuk bakal pitcher Dewan Kemahsyuran Randy Johnson, yang memenangi empat Anugerah Cy Young berturut-turut sepanjang empat musim pertamanya bersama pasukan. Pada tahun 1999, Arizona meraih kemenangan ke-100 dan menjuarai kejuaraan divisyen pertamanya. Pada tahun 2001, pasukan ini menjuarai Siri Dunia dengan menewaskan juara bertahan tiga kali, New York Yankees selain menjadi pasukan terpantas dalam sejarah MLB untuk menjuarai Siri Dunia serta menjadikan ia satu-satunya pasukan dari Arizona untuk menjuarai kejuaraan sukan utama di Amerika Syarikat.
Dari tahun 1998 hingga 2022, rekod menang-kalah Diamondbacks secara keseluruhannya ialah 1,914–2,034.