Colorado Rockies

Colorado Rockies
Musim 2025 Colorado Rockies
Ditubuhkan pada 1993
Lencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Ungu, hitam, perak
                  
Nama
  • Colorado Rockies (1993–kini)
Gelaran lain
  • The Rox
  • The Blake Street Bombers
Ballpark
  • Coors Field (1995–kini)
  • Mile High Stadium (Templat:Mlby–Templat:Mlby)
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (0)Tiada
NL Pennant (1)2007
NL West Kejuaraan Divisyen (0)Tiada
Kemunculan Wild card (5)
  • 1995
  • 2007
  • 2009
  • 2017
  • 2018
Pejabat pengurusan
PemilikRichard & Charles Monfort
PengurusBud Black
Pengurus BesarBill Schmidt

Colorado Rockies merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Denver. Rockies bertanding di saingan Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) West. Pasukan ini beraksi di gelanggang Coors Field. Rockies dimiliki oleh Monfort dan dikendalikan oleh Bud Black.

Rockies bermula sebagai pasukan tambahan ketika musim 1993 dan mula beraksi di gelanggang Mile High Stadium sepanjang dua musim sulung mereka. Sejak tahun 1995, mereka telah beraksi di Coors Field yang menerima reputasi sebagai hitter's park. Rockies telah layak ke postseason sebanyak lima kali dan tiap-tiap kelayakan tersebut ialah sebagai status pemenang Wild Card. Pada tahun 2007, pasukan ini menjuarai satu-satunya kejuaraan pennant NL mereka selepas memenangi 14 daripada 15 perlawanan terakhir aksi musim. Kemaraan mereka bermula apabila meraih kemenangan ke atas San Diego Padres dengan kejayaan 9-8 dalam aksi sebanyak 13 inning untuk memenangi Wild Card. Kejayaan ini diteruskan dengan kemenangan menyingkirkan pasukan Philadelphia Phillies dan Arizona Diamondbacks masing-masing di NLDS dan NLCS. Rockies mara ke Siri Dunia selepas memenangi 21 daripada 22 perlawanan terakhir mereka. Walau bagaimanapun, pasukan ini mengalami kekalahan di aksi final menentang Boston Red Sox dalam empat perlawanan.

Dari tahun 1993 sehingga 2002, rekod menang-kalah Rockies secara keseluruhannya ialah 2,201–2,495. Berikutan kejayaan Denver Nuggets dalam NBA 2023, Rockies menjadi satu-satunya pasukan sukan utama (MLB, NFL, NBA & NHL) dari Denver yang masih belum memenangi sebarang kejuaraan setakat ini.