Apokalips X

Apokalips X
Poster keluaran tayangan
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Lakon layarMamat Khalid
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz
Disunting oleh
Muzik olehReza Ramsey
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 3 April 2014 (2014-04-03) (Malaysia)
Masa tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1,500,000
Pecah panggungRM 253,446

Apokalips X merupakan sebuah filem cereka sains aksi fantasi Malaysia 2014 arahan Mamat Khalid terbitan bersama Tayangan Unggul, Astro Shaw dan Naga VXS, ditayangkan pada 3 April 2014. Filem ini dibintangi oleh Farid Kamil, Jehan Miskin, Peter Davis, Zoie Tam, Vassan, Adam AF, Iqram Dinzly, Pekin Ibrahim, Miera Leyana, Dazrin Kamarudin, XY Zakaria, Zappa Khalid, Amen Khalid, Azwan Kaswi, Dayana Roza dan Pyan Habib serta penampilan istimewa Sarimah Ibrahim. Filem ini merupakan filem pertama bergenre manga di Malaysia dan kedua (selepas Kapoww!!) yang mengambil pendekatan seni grafik buku komik.