Michelle Ng Mei Sze

Michelle Ng
黄美诗
Setiausaha Politik kepada
Menteri Digital
Menyandang jawatan
6 Jun 2025
RajaSultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriGobind Singh Deo
Didahului olehSuresh Singh
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Subang Jaya
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehHannah Yeoh
(PRDAP)
Majoriti48,272 (2018)
51,191 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Michelle Ng Mei Sze

(1990-04-07) 7 April 1990
Kuantan, Pahang, Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
Tempat belajarLondon School of Economics
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam
Laman webwww.michellengmeisze.com

Michelle Ng Mei Sze (Cina ringkas: 黄美诗Cina tradisional: 黃美詩pinyin: Huáng MěishīPe̍h-ōe-jī: N̂g Bí-si; lahir 7 April 1990) ialah seorang rakyat Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang politik. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Subang Jaya sejak Mei 2018. Beliau juga telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), iaitu sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa DAP Selangor dan Setiausaha Biro Perundangan DAP.