Mi wantan

Mi wantan
雲吞麵
Mi sup wantan di Hong Kong
JenisMi
Jenis sajianHidangan utama
Tempat asalChina
Kawasan/rantauGuangdong, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina dan Thailand
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaTepung, telur, daging babi, udang
sunting · sunting di Wikidata
Mi wantan
Mi wantan dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah)
Tulisan Cina Tradisional雲吞麵
Tulisan Cina Ringkas云吞面
Maksud harfiahMi wantan

Mi wantan (Cina tradisional: 雲吞麵Jyutping: wan4 tan1 min6; Yale Kantonis: wàhn tān mihn), juga dikenali sebagai wantan mee atau wantan mein, ialah sejenis hidangan mi yang berasal daripada masakan Kantonis. Nama "wanton" berasal daripada perkataan Cina húntún (Bahasa Cina: 餛飩) yang telah digunakan sejak zaman Dinasti Tang (618–907 Masihi).

Hidangan ini popular di China Selatan, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura, Vietnam dan Thailand.

Hidangan ini biasanya terdiri daripada mi telur yang dihidangkan dalam sup panas bersama sayur berdaun dan bebola wanton. Sayuran yang biasa digunakan ialah gai-lan atau brokoli Cina. Kadangkala, bebola lain seperti shui jiao (水餃) juga digunakan sebagai ganti kepada wantan. Wantan udang lebih dikenali sebagai bebola gaya Hong Kong.

Isi wantan biasanya mengandungi udang, ayam atau daging babi, dan daun bawang, serta kadangkala ditambah cendawan dan kulat telinga hitam. Di Indonesia, terutama di Sumatera Utara, Kalimantan Barat dan Sulawesi Selatan, mi wantan dikenali sebagai mie pangsit.