Masakan Kantonis

Masakan Kantonis
Seceper siu mei, termasuk babi panggang (bawah), angsa panggang (atas), ham salai (kiri), ayam hiris putih (kanan), dan obor-obor (tengah)
Tulisan Cina Tradisional廣東菜
Tulisan Cina Ringkas广东菜
Hanyu PinyinGuǎngdōngcài
JyutpingGwong2 dung1 coi3
Yuet cuisine
Tulisan Cina Tradisional粵菜
Tulisan Cina Ringkas粤菜
Hanyu PinyinYuècài
JyutpingJyut6 coi3

Masakan Kantonis (Jawi: ماسقن كنتونيس) berasal dari wilayah Guangdong (Kanton) di selatan China dan merupakan salah satu daripada Lapan Tradisi masakan Cina. Masakan Kantonis amat terkenal di luar negara China kerana ramai sekali penghijrah awal yang keluar dari Guangdong. Tukang masak Kantonis amat dicari-cari di seluruh China. Apabila orang Barat menyebut masakan Cina, lazimnya yang dimaksudkan adalah masakan Kantonis.