Metionina

Metionina
Formula rangka lazim metionina
Model bola-dan-batang
Model ruangan
Nama
Nama IUPAC
Metionina
Nama lain
Asid 2-amino-4-(metiltio)butanoik
Pengecam
Imej model 3D Jmol
Singkatan Met, M
ChEBI
ChEMBL
ChemSpider
DrugBank
ECHA InfoCard 100.000.393
Nombor EC
  • L: 200-432-1
KEGG
UNII
  • InChI=1S/C5H11NO2S/c1-9-3-2-4(6)5(7)8/h4H,2-3,6H2,1H3,(H,7,8)/t4-/m0/s1 Y
    Key: FFEARJCKVFRZRR-BYPYZUCNSA-N Y
  • D/L: Key: FFEARJCKVFRZRR-UHFFFAOYSA-N
  • D: Key: FFEARJCKVFRZRR-SCSAIBSYSA-N
  • L: CSCC[C@H](N)C(=O)O
  • L Zwiterion: CSCC[C@H]([NH3+])C(=O)[O-]
Sifat
C5H11NO2S
Jisim molar 149.21 g·mol−1
Rupa bentuk Serbuk hablur putih
Ketumpatan 1.340 g/cm3
Takat lebur 281 °C (538 °F; 554 K) terurai
Larut
Keasidan (pKa) 2.28 (karboksil), 9.21 (amino)
Farmakologi
Kod ATC V03AB26
QA05BA90 (WHO), QG04BA90 (WHO)
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
Rujukan kotak info

Metionina (methionine, Met atau M) ialah sejenis amino asid yang digunakan dalam penghasilan protein. Dengan rantai sisi S-metil tioeter, metionina merupakan asid amino alifatik dan tak berkutub. Metionina ialah satu daripada dua asid amino lazim dengan sebatian sulfur, bersama dengan sisteina.

Selaku bahan asas amino asid lain seperti sisteina dan taurina, sebatian-sebatian seperti SAM-e, dan antioksidan glutationa, metionina memiliki peranan penting dalam sistem biologi pelbagai spesies, termasuk manusia. Dalam eukariot dan arkaea, metionina dikodkan sebagai kodon pemula yang mengisyaratkan asid amino pertama serta permulaan bahagian polipeptida yang dihasilkan dalam translasi mRNA.

Metionina juga merupakan bahagian penting dalam angiogenesis, pertumbuhan saluran darah baru. Suplemen boleh memberi manfaat kepada mereka yang mengalami keracunan kuprum. Pengambilan metionina berlebihan, pemberi kumpulan metil dalam pemetilan DNA, dikaitkan dengan perkembangan kanser dalam sebilangan kajian. Methionina pertama kali diasingkan pada 1921 oleh John Howard Mueller.