Merck Group

Merck KGaA
Jenis/bentuk sahKGaA didagangkan secara awam
Didagangkan sebagaiFWBMRK
ISINDE0006599905 
IndustriKimia
farmaseutikal
Ditubuhkan1668 (1668)
PengasasFriedrich Jacob Merck
Ibu pejabatDarmstadt, Jerman
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingStefan Oschmann (CEO dan pengerusi lembaga eksekutif), Wolfgang Büchele (Pengerusi badan seliaan)
KeluaranCecair hablur, sains hayat dan kimia prestasi, ubat bebas, molekul kecil dan biofarmaseutikal
Hasil 15.024 bilion (2016)
Pendapatan bersih1.629 bilion (2016)
Jumlah aset$42.13 bilion (2016)
Bilangan kakitanganCa. 50,000 (2016)
Syarikat indukE. Merck KG
(70.3% modal)
Anak syarikatMerck (India), Merck (United Kingdom), Merck (Canada), Merck SL, Seven Seas Limited 
Tapak webwww.merckgroup.com
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "intl"

Merck Group atau Merck KGaA, juga dikenali sebagai Merck, ialah syarikat farmaseutikal, kimia dan sains multinasional Jerman yang beribu pejabat di Darmstadt, dengan sekitar 50,000 pekerja di sekitar 70 negara. Merck ditubuhkan pada 1668 dan merupakan syarikat kimia dan farmaseutikal tertua di dunia, serta salah satu syarikat farmaseutikal terbesar di dunia.

Merck beroperasi di Eropah, Afrika, Asia, Oceania dan Amerika. Ia mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan utama di Darmstadt, Boston, Tokyo dan Beijing. Merck mempelopori pembuatan morfin komersial pada abad ke-19 dan memegang monopoli maya pada kokaina.

Merck dimiliki secara persendirian sehingga disenaraikan secara awam di Bursa Saham Frankfurt pada tahun 1995, dan disenaraikan di indeks DAX syarikat-syarikat terkemuka Jerman. Keluarga Merck masih menguasai majoriti 70.3% saham syarikat. Kumpulan Merck merangkumi sekitar 250 syarikat di 180 negara; syarikat induk utama kumpulan ini, sejak 1995, dinamakan Merck KGaA, dan dimiliki oleh bekas syarikat induk utama, E. Merck oHG, yang kini beroperasi sebagai syarikat induk.

Syarikat famaseutikal Amerika Merck & Co. telah ditubuhkan sebagai anak syarikat Merck pada 1891, tetapi dinasionalkan oleh Amerika Syarikat pada 1917, sebelum kembali diswastakan apabila George W. Merck membeli kembali stok tersebut pada 1919. Ia dikenali sebagai MSD (Merck Sharp and Dohme) di luar Amerika Utara. Merck asal dari Darmstadt memegang hak ke atas nama Merck di semua negara kecuali A.S. dan Kanada, di mana ia dikenali sebagai EMD (Emanuel Merck, Darmstadt). Pada tahun 2015 Merck menggunapakai identiti jenama seragam baru untuk semua anak-anak syarikatnya, dan syarikat itu telah menegaskan niatnya untuk melindungi jenama "Merck sebenar" di peringkat global dan memulakan litigasi terhadap bekas anak syarikatnya yang menggunakan nama itu.

Syarikat itu meraikan ulang tahun korporat ke-350 mereka pada tahun 2018.