Melur

Melur
Jasminum officinale, melur biasa
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Lamiales
Keluarga: Oleaceae
Tribus: Jasmineae
Genus: Jasminum
L.
Spesies jenis
Jasminum officinale
Spesies

Lebih dari 200, lihat Senarai spesies Jasminum

Sinonim
  • Mogorium Juss.
  • Noldeanthus Knobl.
  • Nyctanthos St.-Lag.

Melur, malur, meluh, maluh, melati, manuru, bunga gambir atau bunga pekan ialah sejenis tumbuhan renek berbunga yang menjalar dalam genus Jasminum keluarga Oleaceae. Genus ini mempunyai lebih 200 spesies dan boleh didapati di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Eurasia, Afrika, dan Oceania. Tumbuhan ini hidup membesar dalam keadaan menjalar pada pokok-pokok lain atau pada sesuatu bahan yang ia boleh berpaut.