Orang Melayu Kedah

Orang Melayu Kedah
ﻤﻼﻴﻮ ﻗﺪﺡ
Oghang Malayu Kedah/Utagha
Sekumpulan muzik Melayu bersama penari dengan muka diconteng di Kuala Muda, Kedah, 1905.
Jumlah penduduk
3.1 juta (Lembah Kedah - 2008)
jumlah sebenar mungkin lebih daripada 5 juta
Kawasan ramai penduduk
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak (Malaysia), selatan Thailand & selatan Myanmar
Bahasa
Bahasa Malaysia dalam loghat atau dialek seperti Bahasa Melayu Kedah, Bahasa Melayu Baling dan Bahasa Melayu piawai, Thai, Burma, Inggeris
Agama
Sunni Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu Malaysia

Orang Melayu Kedah adalah sub-etnik Melayu yang mendiami di utara Semenanjung Tanah Melayu. Melayu Kedah biasanya boleh dijumpai di Negeri Malaysia iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Utara Perak (Daerah Kerian serta Daerah Larut, Matang dan Selama). Masyarakat Kedah juga boleh dijumpai Thailand selatan dan selatan Myanmar.