Bahasa Melayu Ulu Kedah
| Bahasa Melayu Ulu Kedah | |
|---|---|
| بهاس ملايو اولو قدح Cakak Ulu/Basa Ulu/Pattani Kedah | |
| Asli kepada | Malaysia |
| Kawasan | Kedah |
| Etnik | Melayu Kedah |
Penutur bahasa | 390,000-400,000 |
Austronesia
| |
Bentuk awal | Bahasa Austronesia Purba
|
| Dialek/loghat |
|
| Kod bahasa | |
| ISO 639-3 | – |
Taburan penutur bahasa Melayu Ulu Kedah dan Ulu Perak | |
Bahasa Melayu Ulu Kedah atau juga dikenali sebagai basa Ulu atau Cakak Ulu atau Cekak Phelek Ulu juga dikenali sebagai Bahasa Patani Kedah merupakan sebuah ahli bahasa-bahasa Austronesia dan ragam bahasa Melayu tempatan yang dituturkan di empat daerah di negeri Kedah iaitu di Padang Terap, Baling, Sik dan Yan. Bahasa Melayu Ulu Kedah agak berlainan dengan bahasa Melayu Kedah walaupun tinggal di dalam negeri yang sama di samping lebih dekat dengan rumpun bahasa Melayu pantai timur seperti bahasa Melayu Kelantan, bahasa Melayu Terengganu, bahasa Melayu Patani, bahasa Melayu Pahang dan terutama sekali bahasa Melayu Perak Ulu, Pahang Ulu, Terengganu Ulu dan Kelantan Ulu. Melayu Baling, seperti Melayu Gerik, dikatakan berasal daripada Melayu Patani yang melarikan diri dari Patani semasa perang Patani-Siam pada abad ke-18. Disebabkan kedudukannya dengan Thailand dan Kedah, bahasa Melayu Kedah Hulu menyerap pelbagai perkataan daripada bahasa Siam dan bahasa Kedah. Lebih daripada 400,000 orang memakai bahasa ini sebagai bahasa pertama mereka. Ada yang berpendapat bahawa bahasa ini ialah sub-dialek bahasa Reman (dituturkan dengan pelat yang serupa di Yala, Thailand) yang merupakan dialek bahasa Kelantan-Patani (Phasa Yawi).