Mehmed IV
| Mehmed IV محمد رابع | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Sultan Empayar Uthmaniyyah Kayser-i Rûm Penjaga Dua Masjid Suci Khalifah Islam | |||||
| Sultan Uthmaniyyah ke-19 | |||||
| Pemerintahan | 8 Ogos 1648 – 8 November 1687 | ||||
| Didahului oleh | Ibrahim | ||||
| Diikuti oleh | Suleiman II | ||||
| Pemangku | Lihat juga
| ||||
| Keputeraan | 2 Januari 1642 Istana Topkapı, Constantinople, Empayar Uthmaniyyah | ||||
| Kemangkatan | 6 Januari 1693 (umur 51) Edirne, Empayar Uthmaniyyah | ||||
| Pemakaman | Masjid Baru, Istanbul | ||||
| Pasangan | Gülnuş Sultan (isteri sah) Siyavuş Sultan Afife Sultan Rabia Sultan Kaniya Sultan Gülbeyaz Hatun Rukiye Hatun Cihanşah Hatun Dürriye Hatun Nevruz Hatun | ||||
| Anakanda | lihat di bawah | ||||
| |||||
| Dynasti | Uthmaniyyah | ||||
| Ayahanda | Ibrahim | ||||
| Bonda | Turhan Hatice | ||||
| Agama | Sunni Islam | ||||
| Tughra | |||||
Mehmed IV atau Muhammad IV (Turki Uthmaniyyah/Jawi: محمد الرابع Meḥmed-i rābiʿ; Turki moden: IV. Mehmet; 2 Januari 1642 – 6 Januari 1693) ialah sultan bagi Empayar Uthmaniyyah dari tahun 1648 sehingga 1687. Baginda ialah anakanda lelaki kepada sultan İbrahim I dan permaisuri Turhan Hatice. Baginda menaiki takhta pada usia enam tahun selepas ayahandanya digulingkan dalam rampasan kuasa. Sultan Mehmed juga menjadi sultan kedua paling lama memerintah dalam sejarah Uthmaniyah.
Di bawah pemerintahan baginda, Empayar Uthmaniyah telah mencapai kemuncak perkembangan wilayahnya di Eropah. Sejak usia yang muda lagi, baginda mempunyai minat yang mendalam terhadap kegiatan pemburuan sehingga dikenali sebagai avcı (Pemburu). Pada 1687, sultan Mehmed digulingkan oleh pihak tentera kerana kekecewaan terhadap perang Liga Kudus yang berterusan. Baginda kemudiannya bersara di Edirne, menetap di situ sehingga mangkat pada 1693.