Istana Topkapı
| Istana Topkapı | |
|---|---|
Istana Topkapı dilihat dari Selat Bosphorus | |
| Maklumat umum | |
| Jenis | Istana, tarikan pelancong, dalam pembinaan, muzium |
| Gaya seni bina | Uthmaniyyah, Baroque |
| Lokasi | Istanbul |
| Negara | Turki |
| Koordinat | 41°0′46.8″N 28°59′2.4″E |
| Pembinaan bermula | Pertengahan kurun ke-15 |
| Pelanggan/klien | Sultan Uthmaniyah |
| Pemilik | Turki |
| Pengendali | Directorate of National Palaces (en) |
| Maklumat matra | |
| Saiz | 592,600 - 700,000 m² |
| Reka bentuk dan seni bina | |
| Arkitek | Mehmed II, Alaüddin, Davud Ağa, Mimar Sinan, |
| Maklumat lain | |
| https://www.millisaraylar.gov.tr/saraylar/topkapi-sarayi | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Istana Topkapı (Turki Uthmaniyah: طوپقپو سرايى Topkapı Sarayı "Istana Pintu Meriam") adalah sebuah istana yang terletak di Istanbul, Turki, yang mana menjadi kediaman rasmi dan utama bagi sultan Uthmaniyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka, bermula pada tahun 1465 sehingga 1856.
Sebuah pintu gerbang besar menuju ke pekarangan luarnya (kini bernama باب همایون Bâb-ı Hümâyûn) mula dikenali sebagai "Gerbang Tinggi" (Turki Uthmaniyah: باب عالی Bâb-ı Âlī) setelah Kustantiniyah dibuka Sultan al-Fatih menjadi ibukota kerajaan baginda; Gerbang ini kemudiannya menjadi lambang mewakilkan pusat kerajaan tersebut sepanjang ia berdiri setiap kali pihak sultan menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa luar besar.