Ibrahim I

   Ibrahim I
Sultan Uthmaniyyah
Khalifah
Tempoh pemerintahan9 Februari, 1640–12 Ogos, 1648
TempohPerkembangan Empayar Uthmaniyyah
Nama penuhIbrahim I
Didahului olehMurad IV
Diikuti olehMehmed IV
Kerabat DirajaKerabat Osman
DinastiDinasti Uthmaniyyah
Kepercayaan agamaIslam

Ibrahim I (Turki Uthmaniyah: ابراهيم اول) November 5, 1615 – Ogos 12/18, 1648) adalah seorang Sultan dari Empayar Uthmaniyyah bermula pada tahun 1640 sehingga 1648. Beliau telah dilahirkan di Istanbul dan merupakan anak lelaki kepada Ahmed I yang dilahirkan oleh Valide Sultan Kadinefendi Kösem Sultan, seorang etnik Greek yang asalnya bernama Anastasia. Secara tidak rasminya, beliau dikenali dengan nama Ibrahim si Gila (Turki: Deli İbrahim) di sebabkan keadaan mental beliau.