Md Rozai Shafian
Datuk Md Rozai Shafian (12 Mac 1954 – 26 Februari 2024) adalah ahli politik UMNO/Barisan Nasional. Beliau pernah menjadi wakil rakyat di Sungai Tiang, Kedah dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999. Beliau menang selesa dengan majoriti 2,530 undi.
Md Rozai Shafian | |
|---|---|
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 12 Mac 1954 Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Meninggal dunia | 26 Februari 2024 (umur 69) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah |
| Pasangan | Datin Khalijah Ghazali |
| Anak | 6 |
| Kediaman | Kedah |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Namun beliau dua kali kalah kepada calon PAS,Dr Mohd Hayati Othman di parlimen Pendang pada 2004 dan 2008. Dalam pilihan raya 2008, Md Rozai mendapat 23,238 undi. Sementara Mohd Hayati Othman mendapat 27,311 undi.