Mastitis
| Mastitis | |
|---|---|
Nama lain | Mammitis |
| Gambaran mastitis dari awal 1900an | |
| Sebutan |
|
| Pengkhususan | Ginekologi |
| Gejala | Kemerahan dan sakit pada payudara, demam |
Permulaan biasa | Cepat |
| Mengikut simptoms | |
| Saluran susu tersumbat, payudara bengkak, kanser payudara (jarang) | |
| Pencegahan | Kerap menyusu dengan teknik yang betul |
| Rawatan | Antibiotik (cephalexin), ibuprofen |
| Kekerapan | 10% ibu yang menyusu |
| sunting | |
Mastitis ialah pada keradangan payudara atau ambing, biasanya dikaitkan dengan penyusuan susu ibu . Gejala biasanya termasuk sakit setempat dan kemerahan. Selalunya berlaku demam dan lenguh lenguh pada badan. Ia biasanya bermula dengan agak cepat dan dalam beberapa bulan pertama selepas bersalin. Komplikasi boleh termasuk pembentukan bisul .
Faktor risiko termasuk bayi tidak menyusui dengan betul, puting retak, penggunaan pam susu, dan berhenti penyusuan . Bakteria yang paling biasa terlibat ialah Staphylococcus dan Streptococci . Diagnosis biasanya berdasarkan gejala yang berlaku. Ultrasound mungkin berguna untuk mengesan kemungkinan bisul.
Langkah pencegahan adalah dengan mengunakan teknik penyusuan yang betul. Apabila terdapat jangkitan, antibiotik seperti cephalexin mungkin disyorkan. Penyusuan susu ibu biasanya perlu diteruskan, kerana mengosongkan payudara adalah penting untuk penyembuhan. Bukti tentatif menyokong manfaat daripada probiotik . Kira-kira 10% wanita menyusu terjejas.