Saluran susu tersumbat
| Saluran susu tersumbat | |
|---|---|
Nama lain | Puting tersumbat |
| sunting | |
Saluran susu tersumbat (kadangkala juga dipanggil saluran puting tersumbat atau puting tersumbat) ialah penyumbatan satu atau lebih saluran yang membawa susu ke puting bagi tujuan menyusukan bayi yang boleh menyebabkan mastitis . Gejala-gejalanya ialah benjolan lembut dan setempat pada satu payudara, dengan rona kemerahan pada kulit di atas benjolan. Punca saluran susu tersumbat adalah ekoran daripada kegagalan mengeluarkan susu daripada bahagian payudara. Ini mungkin disebabkan oleh penyusuan yang tidak kerap, perlekatan dari bayi yang lemah, pakaian yang terlalu ketat atau trauma pada payudara. Kadang-kadang saluran ke payudara tersumbat oleh kerana penghasilan susu yang terlalu pekat. Saluran susu yang tersumbat boleh diselesaikan dengan memperbaiki pengeluaran susu dan membetulkan punca yang menyebabkanya.