Mastika
Sampel kulit majalah Mastika keluaran Jun 2007. | |
| Kekerapan | Bulanan |
|---|---|
| Edaran | 320,000 |
| Penerbit |
|
| Isu pertama | 1 Jun 1941 |
| Isu terakhir | 2 November 2018 |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Laman web | Mastika di UtusanTV |
| ISSN | 0126-5598 |
Mastika ialah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan secara bulanan di Malaysia. Mastika ialah majalah tertua di Malaysia. Ia mula diterbitkan pada 1 Jun 1941 di Singapura dan menjadi majalah pertama terbitan Utusan Melayu Press. Penerbitan bercetaknya telah berakhir dengan isu terakhir diterbitkan pada November 2018. Bermula 2021, Mastika diterbitkan secara digital menerusi laman berita Utusan TV