UtusanTV
| Jenis | Akhbar dalam talian |
|---|---|
| Diasaskan | 1 Januari 2021 |
| Bahasa | Melayu |
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur |
| Negara | Malaysia |
| Pemilik | Utusan Binders Sdn Bhd |
| Ketua pengarang | Zulkefli Hamzah |
| Laman sesawang | utusantv |
UtusanTV ialah sebuah laman web berita Malaysia yang ditubuhkan sejak 1 Januari 2021. Ia dibangunkan oleh sekumpulan mantan wartawan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB) yang kehilangan kerja apabila syarikat itu ditutup pada 9 Oktober 2019. Ia diterajui oleh ketua pengarangnya, Datuk Zulkefli Hamzah yang merupakan pengarang Utusan Malaysia sebelum akhbar tersebut diberhentikan penerbitannya pada 2019.