MasterChef Malaysia (Musim 2)

MasterChef Malaysia
GenreMasakan
FormatRancangan Realiti
PengacaraMohd Johari Edrus
Zubir Bin Md.Zain
Adu Amran Hassan
Lagu pembukaan"Impian Rasa" (Hazama & Fina AF9)
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam
Syarikat penerbitan
Astro
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria & Mustika HD
Format gambar480i (SDTV) & 720 (HDTV)
Format audioStereo
Siaran asal8 September 2012
15 September 2012 (Top 24)
Kronologi
MengikutiMasterChef Selebriti Malaysia
Pautan luar
Laman sesawang

MasterChef Malaysia Musim ke-2 merupakan sebuah rancangan realiti Malaysia bertemakan permainan dan masakan. Ia merupakan sambungan bagi tahun kedua MasterChef Malaysia. Rancangan ini telah ditayangkan di Astro Ria dan Mustika HD bermula 8 September 2012.

Chef Jo dan Chef Zubir kembali sebagai juri rancangan ini. Bagaimanapun, Chef Riz tidak kembali sejak penamatan musim pertama dan tempatnya digantikan oleh Chef Adu Amran Hassan sejak edisi Selebriti.

Juara bagi musim ini ialah Izyan Hani Mohd Izham menewaskan Muhd Fazrul Nizam Anas Anizan dan Ngui Yeong Hong ketika episod akhir "Citarasa Juara".