Masjid Tengku Tengah Zaharah

Masjid Tengku Tengah Zaharah
مسجد تڠكو تڠه زاهرح
Maklumat am
Nama tempatanMasjid Terapung
Mula dibinaSeptember 1991
Siap dibinaPertengahan tahun 1994
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
Dimiliki olehNo Daftar: infinityward
Maklumat geografi
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
Daerah Daerah Kuala Terengganu
LokasiTeluk Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu.
Koordinat5°17′02″N 103°10′14″E / 5.283838°N 103.170626°E / 5.283838; 103.170626
Maklumat pembinaan
Bil. tingkat2 tingkat
Bil. menara1
Kapasiti jemaah800 hingga 1,000 jemaah
Keluasan25,282 kaki persegi
ArkitekRaja Bahrain Shah
KontraktorSyarikat Sri Terukun Sdn. Bhd
Bahan binaanKonkrit
KosRM6.9 juta
Laman sesawang
Masjid Tengku Tengah Zaharah.

sunting

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Almarhumah Tengku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Setia DiRaja Tengku Omar. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.